Masalah kulit wajah boleh saja berlaku kepada sesiapa saja.  Banyak factor yang boleh menybabkan berlakunya masalah kulit wajah dikalangan wanita mahupun lelaki di pelbagai peringkat usia.

Berikut saya ingin menyampaikan bebarapa amalan yang boleh kita elakkan untuk mendapat kulit yang sentiasa sihat dan segar.

  1. Hentikan pengambilan produk bergula.

Gula memang diperlukan oleh tubuh untuk mengahsilkan tenaga, akan tetapi jika penggunaannya melebihi permintaan tubuh ia menjadi bahaya dri segi kesihatan mahupun kecantikkan kulit wajah. Menurut Dr Sung, Pakar pemakanan dari Indonesia. Produk bergula boleh menyebabkan pertumbuhan candida di usus . Pertumbuhan ini menyebabkan pembiakan bakteria jahat  yang akan menggangu proses imun tubuh anda.

  1. Elak terlalu lama berada dibawah cahaya matahari

Seharusnya kita perlu mengalak dari terlalu lama berada di bawah pancaran matahari dan terdedah secara langsung dengan sinar UV. Jika perlu berada di bawah panas matahari, sebaiknya guna krim muka yang mempunyai SPF 30 keatas.

3.Elakkan selalu memegang muka dengan tangan

Jangan suka sangat pegang muka dengan tangan kotor, picit-picit dan mencungkil jerawat. Ini menyebabkan jangkitan bakteria dan kulit muka akan berparut. Fuhh, kan dah tak cantik!!

  1. Obses bersolek

Keterlaluan menggunakan mekap untuk sentiasa bersolek jugak merosakkan wajah. Kulit wajah pun nak rehat. Kalau duduk rumah tak perlulah menggunakan foundation, blusher lama-lama. Kan best kalau kulit kita halus, mulus, semula jadi?

WhatsApp chat