Wanita yang tidur tanpa membuang make-up adalah satu tabiat yang tidak baik. Ia umpama membunuh kulit wajah sendiri. Kita kena pastikan kulit wajah dalam keadaan bersih sebelum tidur. Akibat dari sikap culas tidak membuang make-up sebelum melelapkan mata akan menyebabkan kulit tidak subur dan sel kulit mati tidak bertukar.

Di sisni saya senaraikan lima langkah yang wajah dilakukan oleh setiap wanita sebelum masuk bilik tidur, jika mahu kulit cantik, sihat dan bersinar pada keesokkan harinya.

Step Pertama

Setiap kali pulang ke rumah selepas bekerja atau melakukan sebarang aktiviti di luar rumah, pastikan anda mencuci muka anda dengan pencuci make-up terlebih dahulu. walaupun make-up anda hanya sekadar compact powder, anda mesti menggunakan pencuci make-up kerana pencuci muka tidak mampu menyental lapisan bedak asas itu. Apabila menggunakan kapas untuk membuang make-up jangan gosok terlalu kuat sehingga menyebabkab kulit tertarik. Ini akan menyebabkan keanjalan kulit terjejas.

Step Kedua

Setelah wajah bebas dari make-up, cucilah muka dengan pencuci muka yang sesuai mengikut kulit masing-masing. Apabila mencuci muka, jangan sekadar digosok sambil lalu kemudian terus bilas. Kebanyakan wanita mengakui bahawa mereka mengambil masa kira-kira 30-60 saat sahaja untuk mencuci muka. Rasanya tempuh tersebut cukup untuk mengurut lembut wajah muka serta menyental lembut bahagian terpencil seperti celah hidung dan leher juga.

Step Ketiga

Toner: Selepas mencuci muka dan dikeringkan dengan tuala bersih, sapu penyegar dan menekap lembut pada kulit. Penyegar ini penting untuk memastikan pori-pori terbuka dan ditutup kembali.

Step Keempat

SERUM: Sapu serum ke serata kulit wajah termasuk leher. Serum mengandungi bahan aktif yang mampu menembusi kulit wajah untuk menyuburkannya.

Step Kelima

KRIM MALAM: Akhir sekali, sapukan krim malam pada wajah dan leher anda. Pemilihan krim malam juga perlu bergantung pada kesesuaian kulit masing-masing. Pilih yang mengandungi pelmbab agar anda tidur dalam keadaan kulit segar, gebu dan licin bagi mengelakkan kulit terdedah kepada kekeringan apatah lagi jika anda tidur di dalam bilik berhawa dingin.

 

WhatsApp chat